hIDuP bAgAIkAn PEnTaS oPErA

Sunday, 24 April 2011

menangislah, anda akan bertambah sihat !!

assalamualaikum..
hari ni aku nk kongsi sikit info pasal menangis.. kebanyakan kite menangids sebb sedih, ade jugak yg menangis sebab gembira.. macam mana pun, meh kite luangkn mase sket untuk entri ni.. lets check it out!!

 
Air mata terbahagi kepada tiga kategori, demikian menurut kajian para saintis dan pakar2 perubatan. Pertama, air mata yang berfungsi memastikan mata kita sentiasa lembab. Kedua, air mata hasil gerak balas kepada sesuatu ransangan saraf(refleks). Air mata ini akan terhasil secara spontan apabila berlaku gangguan kepada mata. Misalnya habuk dan hawa pijar daripada bawang..
Kategori ketiga, air mata emosi dan ia terbahagi kepada beberapa sub-kategori lagi menguikut jenis emosi. Air mata ini mengandungi bahankimia dan hormon yang berbeza, yang didapati berfungsi meningkatkan penyakit2 berkaitan dengan emosi seperti depression. Bahan2 kimia dan hormon ini memang perlu dinyahkan dari tubuh, seperti kita membuang sisa2 kotoran ke dalam tong sampah.
Air mata gembira adalah seperti air garam atau air laut. Masin sehinggan kita boleh potong timun, cecah dan makan. Air mata yang menitis akibat sedih bagaimanapun, menurut para saintis,  mengandungi kimia2, enzim serta hormon yang lazimnya terdapat dalam penyakit ketumbuhan, ulser bengkak dan kanser. 
Ini bermakna, menangis apabila berada dalam kesedihanakan membantu kita membuang sebahagian daripada toksik2 yang tidak diperlukan oleh tubuh kita.
Berdasarkan kajian itu juga, para saintis dan pakar perubatan mengatakan, lebih kerap seseorang itu menangis, lebih sihat tubuh mereka. Ini kerana air mata bertindak sebagai pemulih tubuh secara semula jadi.
Selain air mata, ketawa juga baik untuk tubuh. Menurut pakar2 perubatan, ketawa boleh menurunkan tekanan dan melancarkan peredaran darah serta menggalakkan pertumbuhan sel2 antibodi yang berfungsi melawan dan menghapuskan penyakit di dalam badan. Ketawa juga membantu mengurangkan hormon stress.
Kesimpulannya, ketawalah.. dan menanislah apabila perlu. Kerana kedua2 ini Allah ciptakan untuk membolehkan kita hidup dengan lebih sihat, tenang dan gembira..


sumber: mastika (jan 09)

1 comment:

don't miss it !!

Jom Blogwalking