hIDuP bAgAIkAn PEnTaS oPErA

Sunday, 10 April 2011

langit tak selalu cerah

hidup tidak selalunya indah,
langit tak selalu cerah..


Dalam kita meniti hari, mengabdikan diri pada Sang Pencipta, terkadang ada perkara, masalah dan cabaran yang tidak dapat tidak, kita perlu harungi. Lumrah hidup, ada suka ada duka, ada tangis ada tawa, ada senang ada susah. Namun, semua itu adalah penyeri sebenarnya dalam hidup kita.

Sebagai contoh, jika kita sentiasa senang, kita tidak akan menghargai kesusahan yang dihadapi oleh orang lain. Begitu hebatnya percaturan Allah. Cuma kadang2 kita alpa, lupa sesuai dengan nama manusia yang berasal dari perkataan Arab 'nasia' yang bermaksud lupa. Kita lupa pada yang susah tatkala kita senang, lupa pada yang di bawah tatkala kita di puncak. Lebih dahsyat lagi apabila kita lupa pada Allah tatkala kita mengalami kesusahan. Kerana itulah kita lihat ramai yang mengambil jalan mudah yang dikatakan penyelasai kepada masalah. ada yang mengambil dadah, membunuh diri dan sebagainya. Allahuakbar. Alangkah malangnya mereka ini, Nauzubillahiminzalik.
.
Kita kena ingat, setiap masalah ada penyelesaian. ' Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati '. Kita perlu berusaha, kemudian berdoa dan akhir sekali bertawakkal.. kadang2, kita berdoa dan bertawakkal tapi tiada usaha. Tiada gunanya. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubahnya sendiri. Setiap orang ada ujian yang Allah berikan dan ujian itu tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menguji tahap keimanan seseorang. Semakin hebat ujian yang Allah berikan, semakin besar ganjaran pahala yang menanti.

Jadi, sama2lah kita muhasabah diri dan berubah menjadi lebih baik.. Allahuallam..

No comments:

Post a Comment

don't miss it !!

Jom Blogwalking